Huh.. macam2 debate dalam kepala otak aku semalam pasal bende first aku nak letak dalam blog nih.. bile dok pikir2 tu.. macam2 bab la kuar.. tapi aku rasa.. sebagai seorang mukmin.. aku patut mulakan dgn al-Fatihah.. bukan nak tunjuk yg aku ni alim ke mende.. but i felt compelled to start with this one.. which should've been my first post.. instead of Sekarang Bukan Zaman Bermenung..
But Islamic stuffs would not be my main focus for this blog.. tadak main focus pun.. hantam saja laa.. aku nak tulis gak pasal bola.. Nazli bagi aku idea nih.. heh.. hmm.. ape lagik? Movies / songs review? Talking about songs.. buleh gak aku upload lagu2 aku kat sini kot.. heh.. lagu pun tak complete.. lantak la kalu org tak suke dengo pun.. huyo.. ingat senang ke nak buat recording kalu tak cukup equipment.. ape lagik.. cite pasal kat uk pun best gak nih.. nak kena belajar kat Mala camana die letak gambar kat blog die..
Kat sini aku just nak highlight pasal al-Fatihah sebagai first post aku yg ade content je.. tapi alang2 dah mention aku rasa aku patut cite sket la bende yg berkenaan.. aku takde la expert sgt pasal al-Fatihah ni.. tapi ape yg aku tau aku share la.. kalu salah tolong betulkan.. aku tulis ni pun sebagai peringatan kepada aku jugak..
Al - Fatihah
Aku mohon perlindunganMu ya Allah, dari syaitan yang direjam.
[ 1.] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[ 2.] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
[ 3.] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[ 4.] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[ 5.] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[ 6.] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[ 7.] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Al-Fatihah (the Opening, Preface), Ummul Kitab. Surah ni ade banyak nama.. dikenali juga dgn as-Sab'ul Matsani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang).. tapi aku rasa takyah la aku nak bagitau semua.. aku pun tau yg ni je..
Kalau ikut kata Ibnu Abbas, Qatadah, dan Abu al-'Aliyah..Surat Al-Fatihah diturunkan di Mekah.. Tapi, Abu Hurairah, Mujahid, Atha' bin Yasar, dan az-Zuhri berpendapat bahwa surat ini turun di Madinah.. Ada pulak kata (yg ni yg least favourite aku dgr), surat Al-Fatihah turun dua kali, sekali turun di Mekah dan yang sekali lagi di Madinah.. dalam web http://quran.al-islam.com pulak mention yg Surah al-Fatihah ni turun kat Mekah.. Sampai la ni aku tak tau lagi mane satu yg betul.. kalau ade sesape tau tolong kasik tau, ek?
Ustaz aku dulu ade bagitau that this Surah is the first complete Surah which was revealed to Rasulullah SAW. Before this, only a few miscellaneous verses were revealed which form parts of `ALAQ, MUZ-ZAMMIL, MUD-DATH-THIR, etc. yes.. parts of the Surahs.. not completed..
|
(added by Nazli)
To my knowledge Surat Al Faatihah (Pembukaan) diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat adalah surat yang pertama diturunkan dengan lengkap diantara surat-surat yang ada dalam Al Quran dan termasuk golongan surat Makkiyyah. Bicaranya ialah bicara sistem sebuah negara Islam. Dari perkataan 'Rabb', 'Malik', 'Ubud'. Rabb bermaksud Pengatur. Jika Allah itu pengatur, maka sewajarnya ada peraturan (Rubbubiyah) Allah. Malik bermaksud Penguasa. Jika Allah itu penguasa, maka sewajarnya ada kawasan tempat kuasaan (Mulkiah). Ubud pula bermaksud sembah. Jika ada yang disembah, sewajarnya ada umat sebagai hamba/abdi Allah. Penutup Al-Quran pula ialah surah Annas - conclusion kepada bicara negara Islam. Dari perkataan Rabb (pengatur), Malik (penguasa), Ilahi (yg disembah). Sesudah Nabi s.a.w. mendapat wahyu Al-Fatihah sebagai perintah menndirikan sebuah negara Islam, barulah baginda pun berhijrah ke Madinah untuk mendirikan perintah yang besar itu sesudah akidah orang2 Mukmin diperkuatkan dari wahyu2 sebelumnya iaitu sebahagian dari surah ALAQ, MUZ-ZAMMIL, MUD-DATH-THIR, etc.. |
To Be Continued..
Posted at 09:25 am by ze_epong